Sabtu, 26 Mac 2011

Lepasan SPM : Pilih Course Apa Untuk Sambung Belajar?

Assalamualaikum


Heyyo guys. Apa cer SPM korang? Adik aku baru lepas amik result SPM gak. Nak kata straight A tu memang tak ah. Tapi kalau setakat naik pentas ambil slip tu ada lah juga. Ni mesti sebab ikut perangai abang dia yang belajar hanya untuk exam. Ehem.

Well, aku actually baru tahu yang most of operator yang kerja di kilang ke-3 di tempat praktikal aku adalah kawan kepada adik aku. Atau dengan kata lain, most of them satu kelas dengan adik aku. Oh, keciknya dunia ni. And then, memandangkan dieorang semua adalah lepasan SPM, semua pakat dok tanya aku pasal tempat-tempat untuk sambung belajar. Dan agak tak terkejut gak aku sebenarnya bila most of them tak tahu beza dan maksud-maskud istilah antara Sijil, Asasi, Matrik, Diploma, Form 6 dan Tahmidi yang ada dalam UPU tu.

First of all, result SPM korang penting. Result SPM korang still di perlukan untuk sambung degree bla bla bla. Tapi satu je korang kena ingat, once korang sambung A-level atau Pra U atau apa-apa lah, tak payah ah korang nak compare-comparekan orang based on result SPM dia. Sebab aku sendiri pernah nampak seorang budak lelaki yang gila-gila yang SPM dia biasa-biasa je; Result sem satu dia biasa-biasa je, tapi bila masuk ke sem dua hingga sem 5, result dia ah yang paling tinggi. Ya, sebab once korang dah sambung study, its gonna be a fresh start. Ini adalah benda yang aku tak perasan dulu-dulu. So now, im telling you supaya korang tak buat any of stupid mistakes yang aku pernah buat. In fact, kat entri ni, aku akan masukkan banyak benda yang aku nak cerita kan pasal diri aku secara tak langsung. Dengan kata lain, LEARN FROM MY STUPID MISTAKES. 

Okay brader. Apa kata kau skip semua ayat merapu kau dan terus nyatakan beza setiap A level tu.
Actually, dalam banyak-banyak jenis-jenis level untuk sambung belajar, aku rasa yang paling famous adalah Matrikulasi (Matrik). Masing-masing pakat nak masuk Matrik ah. Berebut-rebut nak masuk matrik. Tak pun, semua pakat nak masuk UiTM. Apa-apa UiTM pun tak apa. Asalkan UiTM. Peh-lis. Padahal UiTM bukannya best pun. Mesti ramai terasa. HAHA.


Actually, tempat korang nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian korang. Selebihnya adalah dari ini initiative korang termasuklah 'nasib'. Kalau usaha plus nasib plus minat plus rezeki korang tu baik, maka, gempak lah result korang. Kalau tak, memang tak ah.

Secara simplenya, Pra-Universiti = Tamhidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang korang mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

Matrix
  1. Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
  5. Kurang praktikal (Contra)
  6. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  7. Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra) 
  8. Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation
  1. Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Kurang praktikal (Contra)
  5. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  6. Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
  7. Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma 
  1. Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
  2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
  3. Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
  4. Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
  5. Pembelajaran lebih relax. (Pro)
  6. Mungkin melekakan. (Contra)
  7. Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.


Tahmidi (USIM)
  1. Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya  sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
  2. Perlu power bahasa arab.

Form 6 
  1. Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
  2. Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
  3. Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak.  (Super Pro)
  4. Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
  5. STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
  6. STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
  7. STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

Sijil
  1. Pra- U (Contra)
  2. Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
  3. Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
  4. Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
  5. Aku tak rekomen korang ambil Sijil.


Mari aku cerita sikit sebuah cerita pasal kawan aku yang bernama Fahmi. Ini bukan cerita pasal dia. Tapi pasal ayah dia.

Ayah dia adalah dari keluarga yang miskin. Amat miskin. Miskin macam mana? Miskin macam; Masa zaman ayah dia remaja dulu, ayah dia dapat tawaran belajar di sebuah sekolah english. Yuran hanya lah dua ringgit lima puluh sen (RM2.50). Tapi dia tak pergi sebab tak mampu. Adik ayah dia tu pula dapat pangkat 1 (straight A) dalam SRP. SRP tau bukan SPM. Tapi tak dapat sambung ke mana-mana sebab tak mampu dan hanya kerja di kilang. Rugi kan?

Tapi, ayah dia amat-amat di murahkan rezeki. Berbekalkan sijil SRP (sijil rendah pelajaran) je, dia jadi pekerja di TnB. Dia kerja kat situ sebab dia minat dengan benda-benda elektrik. And then, entah macam mana, pihak tnb suruh dia sambung pelajaran di penringkat diploma under TNB. And then, dari pekerja biasa-biasa, dia dapat diploma. Then pihak TNB taja lagi untuk degree. Then taja lagi untuk master. Now, ayah dia ada master. Bayangkan rezeki yang dia dapat. SPM is just a ticket. Kalau korang gagal dan kena maki dengan keluarga, just shut the fuuu up. There is nothing you can do except DO WHAT EVER YOU LIKE. Apa yang aku maksudkan di sini adalah minat dan keinginan untuk berjaya. So, get motivated and aim tentang apa yang korang minat.

Minat? Alaaa. Masuk je kos (course) apa-apa pun, minat kan boleh di pupuk.
Jangan fikir minat boleh di pupuk. Yes, surely minat boleh di pupuk. Tapi ianya umpama your last choice. So screw it sebab at the end of your life, korang still akan berbalik ke minat korang. Aku bagi contoh, this girl, Zazu Avan. Blog dia bertajuk "Don't Just Work For Money, Let Money Work For You!". Dari tajuk blog dia aku dah boleh agak apa profession yang dia masuk. Kalau korang baca SINI, korang akan tahu dia punya life flow or dia punya time line dari SPM hinggalah dia habis Master. Then kalau korang baca SINI, korang akan tahu sebab apa dia berhenti kerja even dia dah naik pangkat gila-gila serta gaji yang gempak. Yes, ianya di sebabkan the damn minat. Minat!


Nak pilih bidang atau kursus yang korang nak ceburi ni memang kena berfikir panjang gila ah. Serious shhhht nak kena berfikir panjang. Memilih course untuk sambung belajar adalah umpama korang pilih lorong gelongsor di Water Theme Park. Once korang dah meluncur dan accelerating, its hard untuk korang berhenti dan berpatah balik. First, nak hentikan acceleration tu gila ah susah. Second, nak berpatah balik dan pergi ke permulaan lorong. It is super hard and it takes time. Maksudnya, kalau korang rasa korang tak sesuai dengan sesuatu bidang tu, korang patut berhenti. Berhenti. Lupakan awek korang di kolej, lupakan skandal korang di University dan berhenti je. They are nothing anyway.

Dan andai kata korang ambil diploma. Then korang hanya boleh survive hingga tahun ke dua je. Then, korang nak berhenti untuk ambil course lain. Then jangan risau sebab korang boleh transfer kredit-koredit dari apa yang korang belajar di diploma yang lepas.

Tapi kan Abang K, I tak taw I minat course macam mana....
So, apa yang penting sebelum korang pilih kos / kursus / bidang / subjek korang, korang kena tahu tentang diri korang sendiri. Korang kena tahu apa yang korang minat dan korang kena tahu apa kemampuan korang. Sila rujuk balik kepada entri Tahu Otak Korang. Tapi memandangkan aku pun sekarang dah sedikit ragu-ragu pasal gambar tu, aku rasa korang patut jawab soalan Big Picture (Right Brain). Ini adalah soalan psychology tentang diri anda. Then, kalau dah seronok, korang boleh jawab soalan psikologi lain di SINI. Pilih mana-mana profile dari 1 hingga 9. Bila korang jawab soalan ni, korang sure akan faham tentang diri korang berfungsi. Sebab soalan-soalan tu menunjukkan keadaan diri korang dari segi psychology.

And, for the career issue, korang pergi ke survey Profile 6 dan Profile 4. Then korang decide lah sendiri apa yang korang nak based on result dari survey tersebut.

Well, korang ambil lah course kritikal yang macam mana pun. Korang ambil la kos yang banyak permintaan yang macam mana pun. Kalau korang tak ada minat, korang punya pekerjaan tak akan ke mana.

Aku dapat pointer 4 flat. Tapi kenapa aku susah nak dapat kerja?
For certain people, bila dia dapat pointer yang gila tinggi, dia dengan mudah akan dapat kerja. Tapi, ada certain people, bila pointer dia tinggi, dia tak dapat langsung kerja. Why? Ya ia di sebabkan oleh company tu sendiri. Korang tau tak sesebuah company yang biasa-biasa amat takut untuk ambil graduated student yang pointer gempak-gempak sebab takut dieorang demand habis. So, orang-orang yang pointer tinggi ni, better apply kerja di syarikat Shell atau Petronas atau ExxonMobil atau apa-apa je lah. Dan, well established company macam Petronas sure akan check latar belakarang korang secara detail. Kalau korang lack of praktikal, sure korang tak akan dapat masuk. Pengalaman 5 tahun at least. Kecuali kalau korang di bawah biasiswa Petronas / Company terbabit.

Kalau aku dapat peluang belajar kat luar negara, kau rasa aku patut pergi tak?
Yes, sure. Korang patut pergi. Persetan kan apa-apa kata orang-orang di sekeliling korang.


Course apa yang korang nak?
Macam yang aku cakap tadi, tahu pasal diri korang.

Kalau korang ada otak yang gempak yang boleh mengingat dengan sekali imbas, dan ada kebolehan yang superb dalam math, please please, appreciate it. Yes, sure lah ramai akan benci dengan korang bila korang asyik tidur dalam kelas, tapi bila result keluar, korang la yang paling gempak. Sure akan ada yang dengki. Well screw them sebab out there, ada berjuta lagi orang nak nak ada otak macam korang. Less effort but extra result. Awesome.


Jangan study hanya untuk exam. Kalau dulu, aku selalu kata? Apasal pulak? Semua orang pandang result. Result kau teruk, orang tak nak kawan. Kau tiru ke, kau menipu ke apa. Kalau result kau superb, semua orang happy dengan kau. Ada ke orang kisah kalau kau meniru? Kau ingat kalau kau cakap "At least result aku teruk pun sebab aku jawab exam atas usaha aku tanpa meniru". Well, kau ingat bila kau jawab macam tu, family korang akan kata "Oh, anak Papa. Its okay lah kalau macam tu"? No way. Tak ada siapa kisah pun korang cemerlang macam mana. SEBAB SEMUA STUDY FOR EXAM. EXAM SUCKS. KPANDAIAN KORANG HANYA DI TENTUKAN OLEH SATU BENDA YANG DI PANGGIL SLIP RESULT atau dengan kata lain, A PIECE SHIT OF PAPER.

Sebabnya simple je. Bila korang dah habis belajar dan nak bekerja, interviewer akan tanya soalan yang amat senang berkaitan dengan course korang. Dan kalau korang belajar hanya untuk exam, surely korang tak akan boleh jawab. Jenis soalan adalah macam "Lukiskan current flow". Tak pun "Apa nama Law untuk perubahan ni". Soalannya amat simple. Tapi kalau korang just study hanya untuk exam, then lupakan semua apa yang korang study, sure korang tak akan boleh jawab soalan tu. Ini adalah fakta yang berlambak orang-orang di sekitar aku cakap.

Dan jangan nafikan, 99.99999 % penduduk di dunia ni belajar hanya untuk duit. Macam aku. Aku belajar, then aku aim untuk dapat kerja yang gempak-gempak. Semuanya di sebbakan duit. Tapi, korang kena ingat, korang ambil course Medic or engineer pun, then cemerlang macam mana pun belum tentu korang boleh hidup dengan banyak duit. Sebab rezeki ni semua Allah yang kasi. Even korang tak ada SPM pun boleh jadi kaya. Even korang ambil course seni lukisan pun korang boleh jadi kaya dari Chemist kalau korang bernasib baik. So, jangan pandang rendah dengan orang yang ambil course-course biasa macam IT dan seni kulinari. Dieorang mungkin lagi hebat dari korang bila dah buka company sendiri.

Good luck.



258 ulasan:

  1. yke? bole email sy nurulnadzirah159@ymail.com..bmnat

    BalasPadam
  2. Salam,
    Sy vote Asasi the best. Sbb? Mudah utk masuk U tersebut & dpt kos yg dipilih. Klu matrik & STPM kdg2 x dpt kos pertama yg kita nak.

    BalasPadam
  3. Salam. Sy lepasan spm dan tak ada basic akaun. Sy blaja biologi. Mudah/susah sy nk dpt matrik kalau xde basic akaun???.

    BalasPadam
  4. Saya lepasan spm2014 , kredit pun satu , harap bahasa melayu and sejarah je lulus , sy taktahu nak apply kolej apa :-( ...
    Tolong saya boleh tak mr k

    BalasPadam
  5. Saya lepas spm2014,result saya teruk ,krdt pun satu jea ,harap lulus jela , saya taktahu nak mntk kolej apa ? Tolonggg saya boleh mr K

    BalasPadam
  6. apa lah nasib pelajar matrik. sering dibanding2 kan dgn pelajar stpm. ye lah kan. stpm snang masuk u. pelajar matrik apa lah sgt. kt matrik pointer 3.6 tu apa lah sgt dng pointer 2.7 budak stpm. stpm susahkan. matrik pulak celah gigi je. dah tu lgi. budak matrik ni manja. semua nk kena lecturer bagi. bdak stpm kesana kemari cari research. bdak matrik pulak setakat research gitu2 je. responden pun bdak matrik jugak. ye lah. kami ni kan boleh keluar tiap2 hari. kelas pn smpai tgh hari je. subjek pn copy paste spm dulu punya. apa lah kalau nak dibandingkan dgn budak stpm. peperiksaan tersusah di asia tu.
    tolong lahh.. aku penat baca semua ni. sesi2 selepas ni pn naik takut nk ambik matrik.

    *tak lama lgi budak stpm mari utk membash aku. kalah lagi. tak ada siapa ke yg berkenan nk cerita kebaikan matrik ni?

    BalasPadam
  7. Salam , says baru sahaja ambik result spm. And my result sangat mengecewakan. My parents sedih gila sbb dah habis bnyak duit kat tuition. I nak ambik business. But I pikir kalau apply upu . mesti dorang akan accept yg 5a and result elok dulu kan ?. So my mom suruh I apply politeknik. Elok ke politeknik ni ? Ada masa depan ke ? Pls . saya sedih sangat and buntu dah nak pikir.

    BalasPadam
  8. okay bro macam ni. saya ni perempuan. saya minat doktor. tapi result haritu menampakkan lagi yang saya ni kureng dalam bio dan chem. i've got A+ for addmathy and B for physic. so i thought that i want to continue study in chemical engineering. tapi ayah cakap engineer perempuan tak bnyak. ramai graduate yg menganggur end up being a teacher. i really dont want to be a teacher. :( soo which course should i choose ??? DOCTOR OR ENGINEER ??

    BalasPadam
  9. nanti bile interview kerja, company tnya spm dgn degree (kalau ada degree) atau akan ditanya spm dgn diploma.... diaorg xpenah tnya psl stpm ke matrix ke foundation ke.... betapa penting nye spm... nk sambung degree pon ada yg tgk spm

    BalasPadam
  10. Tak tahu nak pilih mana. Prefer diploma. Cuma takut salah pilih kos je.

    BalasPadam
  11. Kenapa ada yng tk boleh bukak. :'(

    BalasPadam
  12. Cmna blh dpt uia...klu bkn Dari sklh agama blh k msk uia???

    BalasPadam
  13. akhirnya saya berjaya baca semua komen sampai habis, lama gila baca mata duk fokus kat blog ni, apa2 pon saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin ya Rabb :)

    BalasPadam
  14. Yup , stpm lagi mudah sbentnye nk further study other than matrik n asasi sbb grap pointernye lagi rendah , tapi its okay tak kesahlah masuk matrik ke asasi ke tp kalau pointer 3.++ insha Allah confirm dpt msuk ipta
    Form six lmbt smbung degree sbb ade 3 sem skrg setahun setengah tenpoh form six
    Dip bagus sbb praktikal nya lebih baik even mostly budak perfect score jarang nk dpt dip 😊

    *pengalaman org dewasa*

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum
    Info yg sngt berguna.saya baca komen2 ni rmai yang berdebat pasal matriks dan STPM.okay 1stly saya nk ckp STPM is the 5th tough exam in the world.thats why klau nk blajaq kat liaq negara pong boleh dapat.saya bukan ckp matriks takda peluang.masih ada.
    So kpd yg dapat matriks tu korang pulun lahh hbis2 sbb matriks lebih senang dr f6.seriously.benda ni cikgu2 sendiri yang cakap tauu
    Klau diberi soalan STPM kat budak matriks belum tentu diorg boleh jawab(bukan nak merendahkan budak matriks)bayangkan budak sains stream STPM dapat pointer 2.3 dapat smbung ipta.tp matriks yg dapat 2.3 kena lelong atau tak dapat smbung ipta.saya sendiri dah tengok buktinya.untuk sastera pulak dalam STPM 2.5 and above korang dah boleh masuk ipta dahh(ni berdasarkan bukti yee)
    So saya nak cakap satu je bila dah dapat matriks ni takyah pikiaq matriks baguih ka STPM baguih.hang pulun ja smpai hang excelent hang dapat 3.5 pong kira okey dahh tu.klau hang tanak result kena lelong hang pulun lahh habis2.
    Apa yang korang blajaq kat matriks hang diulang balik subj f5 sikit2.tp kat STPM its totally different sbb lebih mendalam dan detail.so klau basic tak kuat hang tukaq ja lah sastera.
    Dekat STPM ramai budak excellent sc stream tanak ambik sains .ni pengalaman senior kawan saya.die dapat straight As but bila masuk STPM dia dapat failed lg.hang rasa ?tak ke frust menonggeng membongkok dsb ?
    So saya nak tekan kat sini masuk matriks dan STPM ada kelebihan tersendiri.tak dinafikan budak STPM lebih ditekankan untuk masuk ke ipta.bg yg tak dapat tuu(terutama budak melayu)sbb STPM sngt susah even sastera.sbb diorg ambik enteng STPM ni.diorg ingt STPM ni honeymoon.ini kebiasaanya,dan satu lg sbb takda keikhlasan hati nak masuk f6.saya rasa most 97-99 percent kat sini tak masukkan STPM ke list future korang pon kann ?sume berharap masuk dip,asasi,matriks am i right ?
    So pikiaq la betui2 naa setiap apa pilihan yang kita buat ada kelebihan ada juga risiko nya.ujian dalam hidup untuk ditempuhi.takda yang senang dalam dunia nii.nak senang mati ja betui dakk ?
    Okay itu sahaja dr saya thanks sbb baca ceramah pnjang lebaq nii naa

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum
    Info yg sngt berguna.saya baca komen2 ni rmai yang berdebat pasal matriks dan STPM.okay 1stly saya nk ckp STPM is the 5th tough exam in the world.thats why klau nk blajaq kat liaq negara pong boleh dapat.saya bukan ckp matriks takda peluang.masih ada.
    So kpd yg dapat matriks tu korang pulun lahh hbis2 sbb matriks lebih senang dr f6.seriously.benda ni cikgu2 sendiri yang cakap tauu
    Klau diberi soalan STPM kat budak matriks belum tentu diorg boleh jawab(bukan nak merendahkan budak matriks)bayangkan budak sains stream STPM dapat pointer 2.3 dapat smbung ipta.tp matriks yg dapat 2.3 kena lelong atau tak dapat smbung ipta.saya sendiri dah tengok buktinya.untuk sastera pulak dalam STPM 2.5 and above korang dah boleh masuk ipta dahh(ni berdasarkan bukti yee)
    So saya nak cakap satu je bila dah dapat matriks ni takyah pikiaq matriks baguih ka STPM baguih.hang pulun ja smpai hang excelent hang dapat 3.5 pong kira okey dahh tu.klau hang tanak result kena lelong hang pulun lahh habis2.
    Apa yang korang blajaq kat matriks hang diulang balik subj f5 sikit2.tp kat STPM its totally different sbb lebih mendalam dan detail.so klau basic tak kuat hang tukaq ja lah sastera.
    Dekat STPM ramai budak excellent sc stream tanak ambik sains .ni pengalaman senior kawan saya.die dapat straight As but bila masuk STPM dia dapat failed lg.hang rasa ?tak ke frust menonggeng membongkok dsb ?
    So saya nak tekan kat sini masuk matriks dan STPM ada kelebihan tersendiri.tak dinafikan budak STPM lebih ditekankan untuk masuk ke ipta.bg yg tak dapat tuu(terutama budak melayu)sbb STPM sngt susah even sastera.sbb diorg ambik enteng STPM ni.diorg ingt STPM ni honeymoon.ini kebiasaanya,dan satu lg sbb takda keikhlasan hati nak masuk f6.saya rasa most 97-99 percent kat sini tak masukkan STPM ke list future korang pon kann ?sume berharap masuk dip,asasi,matriks am i right ?
    So pikiaq la betui2 naa setiap apa pilihan yang kita buat ada kelebihan ada juga risiko nya.ujian dalam hidup untuk ditempuhi.takda yang senang dalam dunia nii.nak senang mati ja betui dakk ?
    Okay itu sahaja dr saya thanks sbb baca ceramah pnjang lebaq nii naa

    BalasPadam
  17. kerja apa yg boleh sy lakukan klu ada kelulusan ijazah sarjana muda bahasa arab???:-)

    BalasPadam
  18. pekerjaan apa yg sesuai utk sy klu sy dh ada kelulusan ijazah sarjana muda bahasa arab???:-)

    BalasPadam
  19. Nice! Well said.. thanks ya:-)

    BalasPadam
  20. Susah sngt ke nk dpt 4 flat??sbb nk ambil medik dari stpm

    BalasPadam
  21. http://leonlincolnunivers.wix.com/lincolnuniversity

    BalasPadam
  22. assalamualaikum, saya nak tanya, kalau diploma di ipta, dapat bantuan drpd kerajaan tak?

    BalasPadam
  23. Thanks a lot untuk info di atas mr.k. Sangt berguna :-):-):-)

    BalasPadam
  24. nice infrmation dude

    BalasPadam
  25. Ain NadhirahSeptember 28, 2016 at 5:42 PM
    Saya skrg sdg bljr di form 6 tapi subjek2 di form 6 mcm x kena dengan jiwa saya. Mental sy tak kuat. Saya dpt 6A(bm, bi, pai, Lk, Sj, math) SPM dn pnh mntk IPG tp x dpt, saya sgt kcewa dgn tu dn smpai skrg smgt saya belum pulih. Saya x dpt matrik sbb addmath dn kimia saya D, rayuan pun still x dpt. saya dpt uitm kos seni lukis seni reka tp saya tolak sbb tggu result IPG hm skrg rsa menyesal sbb tolak. Saya tgh dilemma dgn form 6 sbb subjek2 nya sgt susah, saya ambil kemanusiaan; eko bm pa geo. Tapi klau saya berhenti ke mana harus saya pergi. Nak ke IPTS tapi taktau nak pilih IPTS mana yang elok dan course apa yang ok dgn diri ni. Saya minat Lukisan Kejuruteraan sgt2 dn smpai skrg xboleh move on lg. Bantu saya, saya buntu ☹️️☹️️

    BalasPadam
  26. assalamualaikum, hey i'm still in form 4. saya ambil course account tapi srsly ive got no interest at all dalam subjek ni. saya minat medik. taun depan spm so what should i do 😭

    BalasPadam
  27. pointer diploma dulu brapa? agak2 graduan sc dlm AI byk tak peluang pekerjaan dan skop kerja akan dtg?

    BalasPadam
  28. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    BORROWERS APPLICATION DETAILS


    1. Name Of Applicant in Full:……..
    2. Telephone Numbers:……….
    3. Address and Location:…….
    4. Amount in request………..
    5. Repayment Period:………..
    6. Purpose Of Loan………….
    7. country…………………
    8. phone…………………..
    9. occupation………………
    10.age/sex…………………
    11.Monthly Income…………..
    12.Email……………..

    Regards.
    Managements
    Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

    BalasPadam
  29. Emm hai^^ boleh tya something?apa pendapat Mr. K kalau saya nk ambil course Eng? Seni atau eng? which one is better? Minat? dua2 minat just well.. tak tau nk pilih yg mna

    BalasPadam
  30. Nak tnye, knpe ad link yg xleh bukak utk ujian nak tahu minat tu

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
    Satu perkongsian menarik tentang panduang untuk pelajar habis SPM. Jemput juga ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

    JY Write

    BalasPadam
  32. Mybe masih awal nak ckp, tp saya masih tak tau apa saya nak buat. Cita cita sy nak masok ums sabah. Dan sy dlm aliran science. Masalahnya, di kolej vokasional ada menawarkan bidang pastry which im really want to be a chef. Which one should i follow, science yang gila tak minat or kv?

    BalasPadam
  33. So mknye stpm sastera tk bgus ke

    BalasPadam
  34. Kalau kitew ditawarkan ke tingkatan 6,tp dh mohon IPTA..Apakah langkah kitew?Sma ada nak teruskan dgn Tingkatan 6 atau berhenti utk msuk politeknik @ IPTA lain

    BalasPadam
  35. Kalau kitew ditawarkan ke tingkatan 6,tp dh mohon IPTA..Apakah langkah kitew?Sma ada nak teruskan dgn Tingkatan 6 atau berhenti utk msuk politeknik @ IPTA lain

    BalasPadam
  36. Sya ada dengar cerita kalau Darin matriks mmg agak susah nk smbung ke degree course yg Kita mntk... Apa pandangan admin?

    BalasPadam
  37. Terima kasih kepada Mr.k kerana dapat membantu sedikit pasal nak amik lepasan spm. lagipun saya budak spm 2017 hanya tunggu result spm pada bulan 3 ni. sya tak tahu sebenarnya nak amik course apa tapi kata Mr.K kena amik course yang kita minat. lepas ni saya akan fikir masak2. tapi saya tak tahu nak masuk apaaaaa iaitu stpm ke matriks ke atau kolej lain sebb mak suruh amik library scince tapi saya takleh nak kata apa2 sbb saya tak tahu apa yang saya minat sekarang.apapun saya akan cuba yamg terbaik untuk pilih course yang betul supaya tiada menyesal. sebenarnya saya spm aliran accounting tapi saya buat je aliran akaun sebb yang dipilih masuk akaun pastu saya belajar tapi ememang frust sebb addmath saya takleh nak terima dalam otak.kadang2 sya jawab spm masatu macam main2 je

    BalasPadam
  38. SPM dapat berapa A boleh buat diploma?

    BalasPadam
  39. Aku nak komen jugak walaupun dah tahun 2019, sekarang memang kau dh x boleh demand bab kerja ni. Lepasan degree pun byk menggangur. Ekonomi tgh gawat sekarang, kerajaan pun byk buang staff dia, belum masuk kilang lagi dah byk yg tutup. Zmn Skrg lebih advantage kepada yg ambil sijil

    BalasPadam
  40. *Ada salah sikit maklumat tentang tempat sambung belajar lepas spm tu.

    *Matrix/ asasi/ tahmidi/ form 6 bukannya pro sebab terus sambung degree tapi apa yang dorang belajar tu sama je macam mana dari diploma ke degree.
    Cth: matric/ asasi/ tahmidi/ form 6 = degree
    Diploma = degree

    *Bezanya matric/ asasi/ tahmidi/ form 6 aliran science tu lebih ke science.

    *Tapi mana2 landasan/ form 6 aliran sastera / diploma masih tetap kena belajar degree 3 ke 4 tahun kalau ambil aliran atau program yang baru ataupun dapat markah rendah yang menyebabkan mereka perlu ambil landasan yang lain.

    *spm aliran science/ account = asasi/ matric/ tahmidi/ form 6 science = degree 3 ke 4 tahun aliran science kalau result bagus / degree 3 ke 4 tahun aliran sastera kalau result kurang bagus/ tukar ambil diploma kalau nak tukar program

    *spm aliran account = matric account / form 6 sastera = degree 3 ke 4 tahun aliran sastera / separa science

    *spm aliran sastera = form 6 = degree 3 ke 4 tahun aliran sastera

    *spm aliran sastera = diploma 3 ke 4 tahun = degree 2 ke 3 tahun.

    *spm bagus atau biasa2 aliran science / sastera = diploma 3 ke 4 tahun = degree 2 ke 3 tahun aliran science / sastera

    *spm aliran science / sastera result kurang bagus = form 6/ pra diploma /sijil = diploma = degree.

    **macam saya spm aliran sastera account = form 6 aliran sastera = degree aliran science/ program alam bina

    BalasPadam
  41. hai..sis nak jemput je jika ada berminat utk tau lebih lanjut pasal diploma in early childhood-di regent kolej kl-kami twinning program bersama UPSI-jadi adik adalah pelajar UPSI cuma belajar je di regent kolej kl-nanti convo dekat UPSI..so bole wsp sis 011-16930576..intake jun ni..tenkiu ya

    BalasPadam
  42. hai..bagus sharing dik..tk kisah mana kite bljr janji kite kene usaha kuat kuat kan..tkde kejayaan dtg bergolek semua kene usaha kan..hehe..btw ..sis nak share ni..jika ade adik2 minat nk mengikuti diploma pendidikan awal kanak kanak-program ni kerjasam UPSI jgn segan wsp akak 011-16930576..sis juga bole bg advice utk course lain..jus wsp jer la yer ..

    BalasPadam
  43. sains prhutanan bagus jer dik...

    BalasPadam
  44. tq fot sharing. macam minat nak sambung stpm

    BalasPadam
  45. Haii.First of all,thanks for the info.I want to ask boleh ke pelajar nk ambil course lain selepas spm.Tk sama dgn course yg dia ambil for Spm

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.